Pages

Wanita Perlu Jauhi Budaya Cah Keting


KOTA BAHARU: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata golongan wanita perlu menjauhi budaya ‘cah keting’ atau tikam belakang, dalam menghadapi suasana kehidupan masa kini terutama dalam dunia politik yang semakin mencabar.

Rosmah, yang juga Yang Dipertua Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri berkata apa yang penting adalah golongan wanita perlu menerima di antara satu sama lain dan bersedia memberi sokongan serta galakan demi kejayaan bersama.

“Dalam suasana masa kini yang agak mencabar, harapan saya agar wujudnyakesepakatan di antara kaum wanita.

“Wanita seharusnya menjauhkan budaya cah keting, jatuh menjatuhkan sesamasendiri, mahupun hasut menghasut, dalam keadaan kita menghadapi pilihan raya,sikap sedemikian tidak harus mendapat tempat di kalangan wanita,” katanya semasa berucap pada Majlis Minum Petang Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Negeri Kelantan di sini Sabtu.

Majlis itu dihadiri lebih 17 Badan Bukan Kerajaan (NGO) berteraskan sosialdan kebajikan.

Seramai 105 anak yatim terdiri daripada pelajar Pertubuhan Puteri Islam diseluruh sekolah di Kelantan termasuk Sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK)menerima sumbangan wang tunai.

Mengenai pencapaian wanita Kelantan, Rosmah berkata masih ramai kaum Hawa diKelantan yang memerlukan pembelaan dan bantuan.

Rosmah berkata selain daripada golongan ibu tunggal dan peniaga kecil,usahawan wanita juga memerlukan sokongan dan bimbingan sewajarnya.

“Jika kebajikan kaum wanita tidak dijaga, maka ia akan sedikit sebanyakmenjejaskan keharmonian institusi kekeluargaan kerana golongan wanita adalahpelengkap kepada keutuhan ekonomi keluarga,” katanya. – BERNAMA

Majlis Perasmian Pusat Anak PERMATA Negara




TUARAN, 30 Jun 2011 -- Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (kanan) beramah mesra dengan anak Permata Negara ketika melawat Pusat Anak Permata Negara (PAPN) Tuaran sempena program "Apa Khabar Anak Permata" di sini, hari ini. Seramai 21 anak Permata Negara di pusat tersebut yang mula beroperasi sejak Mac 2008 itu antara lain bertujuan mengamalkan nilai-nilai keharmonian dan nilai-nilai murni dalam kehidupan selain menguasai kemahiran awal berbahasa dan berkomunikasi.

Majlis Pelancaran Festival Kuala Lumpur 2011



KUALA LUMPUR, 25 Jun 2011 -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (tiga kanan) melancarkan Festival Kuala Lumpur 2011 di Perkampungan Budaya 1Malaysia, Menara Kuala Lumpur di sini, hari ini. Turut hadir, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim (empat kiri) dan isteri Datin Seri Masnah Rais (dua kanan).

Kunjungan Hormat oleh Persatuan Suri FELDA




PUTRAJAYA, 23 Jun 2011 -- Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersalaman dengan anggota jawatankuasa Persatuan Suri Felda ketika menerima kunjungan persatuan itu di Seri Perdana di sini hari ini. Turut sama, Penasihat Suri, Puan Sri Bibi Shariliza Mohd Khalid (dua kanan).

Menerima Kunjungan Hormat Isteri Pemimpin Negara-Negara Afrika




PUTRAJAYA, 20 Jun 2011 -- Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama (dari kiri) Isteri Naib Presiden Kenya, Pauline K. Kalonzo, Isteri Presiden Tanzania, Salma Kikwete dan Wanita Pertama Lesotho, Mathato Mosisili ketika menerima kunjungan isteri pemimpin negara-negara afrika itu di kediamannya di Seri Perdana di sini hari ini.