Pages

Majlis Pelancaran Program Pesta Negeri Perak




Majlis Pelancaran Pesta Negeri Perak telah dirasmikan oleh Y. A B Datin Paduka Seri Rosmah Mansor Isteri Y.A.B Perdana Menteri Malaysia di Menara Kuala Lumpur. Dalam ucapan YAB Datin Paduka Rosmah berkata Negeri Perak merupakan negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang, amat terkenal dan kaya dengan warisannya yang cukup unik trutama kepelbagaian kaumnya.

"Saya amat gembira kerana diberi peluang hadir dan merasmikan Pesta Negeri Perak ini, walaupun saya bukan berasal dari negeri Perak tetapi saya tahu tentang negeri Perak", kata Rosmah lagi.

"Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan negeri Perak yang sudi mengadakan pesta negeri Perak ini, kerana dengan adanya pesta yang sebegini ramai pelancong samada dari dalam dan luar negeri dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi berkenaan negeri Perak".

Menara KL merupakan tempat yang cukup sesuai untuk mengadakan pesta ini kerana kehadiran pngunjung setiap hari mencecah hampir 10,000 orang.

Turut hadir dalam majlis pelancaran ini ialah YB Dato Hamidah Osman Exco Pelancongan negeri Perak, Isteri YAB Menteri Besar Perak YAB Datin Seri DiRaja Saripah Binti Zulkifli, YB Dato Seri Rahman Hashim Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Isteri serta dif-dif kehormat yang lain.

No comments:

Post a Comment